Tuesday, 8 May 2012

Wanita Trauma diheret Harimau Bintang (Cheeta)

 
 Gambar : Violet D'Mello diheret oleh Harimau berkenaan..

"Apa yang saya ingat... sesuatu mengigit saya dan mengheret saya.." kata Violet D'Mello di dalam satu temubual kepada media massa selepas mengalami pengalaman pahit tersebut yang dianggap beliau sebagai satu pengalaman yang menyebabkan "Trauma" dalam hidupnya..

Semasa kejadian tersebut, Violet D'Mello sedang menyambut hari lahir beliau bersama suaminya di Kraka Kamma Game Park di Port Elizabeth. Pasangan tersebut berpeluang berjinak dengan dua binatang tersebut yang dipanggil sebagai Monty dan Mark sebagai salah satu adiah sempena hari jadi beliau.

Mereka mengabil gambar dan berada di kawasan ternakan tersebut apabila secara tiba-tiba seekor daripada Harimau Bintang tersebut mengigit kaki seorang kanak-kanak yang berumur 8 tahun.

Violet D'Mello cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan berjaya melepaskan kaki kanak-kanak itu sebelum Harimau tersebut mula bertukar menjadikan Violet D'Mello sebagai mangsa. Kemalangan tersebut berlarutan selama 3 minit sebelum Pelatih  datang dan membantu Violet melepaskan diri daripada Binatang tersebut.

"Kami tidak sangka sekalipun Binatang (harimau bintang) tersebut akan menyerang.." suaminya menambah, "mereka berkata, Harimau Bintang ini sangat jinak.."

Pasangan ini berkata sangat kecewa dengan pihak pengurusan tapak tersebut, pihak Taman tersebut mengatakan keadaan di dalam taman tersebut adalah selamat sedangkan ianya TIDAK SELAMAT..

Wakil Pihak Pengurusan taman tersebut berkata, sebelum ini mereka tidak mempunyai masalah dengan Binatang di dalam taman tersebut, dan tiada serangan terjadi.

Taman tersebut ditutuo untuk penyiasatan.

p/s: Jangankan Harimau Bintang, Anjing pun  boleh mendatangkan masalah.. ish3...

No comments:

Post a Comment